Welcome To Sisfel The Brand of Success - Sysfel Official Malaysia
SUBTOTAL :

Follow Us

price_RM65
Welcome To Sisfel The Brand of Success

Welcome To Sisfel The Brand of Success

Short Description:

Product Description

Pasangan suami isteri Muhammad Rafie bin Ramli dan Nadia Felinna binti Abdul Fattah memulakan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjadi dropship kepada beberapa jenis produk seperti tudung. Perjalanan kehidupan mereka ketika itu dilalui dengan pelbagai ujian dan rintangan. 

Alhamdullilah dari kesusahan wujud sedikit sinar. Pasangan ini meneruskan karier usahawan dengan mempromosikan produk sulung keluaran syarikat iaitu Felinna Inchloss Lotion menerusi laman sosial Facebook selain dijual terus kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka di Baling, Kedah.

Diatas permintaan yang tinggi terhadap produk tersebut, pasangan ini telah mendaftarkan syarikat mereka Raffelinna Sdn Bhd sebagai syarikat induk dan tertubuhnya Raffelinna Marketing Sdn Bhd sebagai anak syarikat yang beroperasi untuk memasarkan produk Felinna Beauty.

Selepas empat bulan dipasarkan secara atas talian, losyen pelangsing badan ini berjaya mencuri hati pelanggan berikutan keberkesanannya terbukti apabila kebanyakan pengguna berpuas hati selepas berjaya menurunkan berat badan dan mendapat bentuk badan ideal selepas menggunakannya.

Pada tahun 2012, secara rasminya mereka berjaya menjadi pengeluar prosuk kecantikan yang mendapat sambutan ramai dan menjadi pengasas kepada produk keluaran mereka.

Pada tahun 2013, beberapa anak syarikat telah berjaya ditubuhkan dibawah naungan Raffelinna Sdn Bhd iaitu Precious Sara Enterprise Fadieya marketing, Trisixty Marketing, Qifsya Marketing dan Curcuma Mangga Cure Enterprise.

Pihak syarikat juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai Program Khidmat Masyarakat dan menyediakan Tabung Rezeki Bersama yang dikumpulkan daripada hasil sumbangan kutipan RM1 daripada penjualan setiap unit produk Felinna Beauty. Setiap sumbangan kutipan yang diserahkan kepada anak anak yatim dan miskin, pesakit kronik dan juga ibu tunggal. 

Pelbagai institusi kebajikan turut terlibat dalam majlis sumbangan amal yang diadakan seperti Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Ummu Sabariah dan Pertubuhan Kebajikan Addin Malaysia. Pihak syarikat menyampaikan pelbagai jenis sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai, kelengkapan asrama dan juga keperluan makanan yang diperlukan. Di samping itu, pengasas juga turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti membaiki surau dan masjid di kampung terpilih.

Syarikat juga turut terlibat dalam persatuan NGO iaitu Persatuan Autisme Kedah yang diwujudkan bagi membantu golongan kanak kanak dan dewasa yang mempunyai penyakit Autisma.

Pada tahun 2013, Tuan Muhammad Rafie bin Ramli dan Puan Nadia Felinna binti Abd Fattah menubuhkan sebuah akademi iaitu Akademi Autisme Kedah iaitu sebuah pertubuhan kebajikan bagi kanak kanak yang menghidap Autisme dan turut membantu menyumbang segala keperluan dengan menyediakan peralatan belajar, tempat perlindungan dan sebagainya.

Dengan aktiviti dan kejayaan ini, pengarah syarikat iaitu Tuan Muhammad Rafie bin Ramli telah menerima anugerah sebagai Tokoh Pemuda Perkasa Baling kerana menjadi contoh kepada generasi muda dalam memimpin. Anugerah yang diberikan menjadi pembakar semangat beliau untuk meneruskan empayar Raffelinna Sdn Bhd. Dengan anugerah ini juga akan menjadi titik tolak kepada pencetus kejayaan beliau pada masa akan datang dan akan terus menjadi inspirasi kepada belia generasi muda sekarang.


Raffelinna Sdn Bhd kini aktif menjalankan perniagaan jualan produk di atas talian seperti rangkaian produk jenama SISFEL dan Caliph. Selepas setahun SISFEL dilancarkan, pihak syarikat sudah berjaya merekrut hampir 4000 orang ejen sah. Mengamalkan konsep bisnes patuh syariah, pihak syarikat mempunyai Penasihat Syariah sendiri iaitu Sheikh Dr. Khaleel Ismail Ilyas. Pihak syarikat juga melantik Dr. Sharmiwati binti Mohammed Sharif sebagai Penasihat Produk SISFEL dan Prof. Madya Dr. Mohd Zul Helmi Rozaini selaku Penasihat Penelitian Kandungan Produk SISFEL.

0 Reviews:

Post Your Review